Selamat Datang ke

Halaman Web Rasmi Masjid Al-Huda Sungai Ara

Pokok Buah Tin Hidup Subur di perkarangan Masjid Al-Huda Sungai Ara
Galeri Karnival Masjid Al-Huda Sungai Ara 

Gambar semasa Kuliah Ustaz Abdul Halim Nasir Al-Hafiz pada 31hb Jan'11

Kuliah Ustaz Halim Al-Hafiz pada 31hb Jan'11

Tajuk: Al-Quran Yang Menakjubkan (The Amazing Al-Quran)

 

Rumusan Ringkas oleh webmaster

Masjid Al-Huda dipenuhi qaryah & muslimin & muslimat yang hadir. Ustaz Halim Al-Hafiz telah mengupas dengan jelas mengenai penemuan-penemuan sains dari saintis barat seperti Einstein, Galileo Galilei,Alexander Friedman & lain-lain lagi, di antaranya mengenai pembentukan dunia & alam maya, process kelahiran bayi, keunikan cap jari manusia & DNA, sehinggalah kajian mengenai unggas seperti nyamuk dan lalat, yang mana perkara ini semua telah tertulis didalam kalam Allah, iaitu Al-Quran, jauh lebih awal lagi sebelum ditemui saintis. Ramai para saintis barat memeluk Islam apabila kagum setelah mendapati Al-Quran telah pun menceritakan perkara-perkara itu lebih awal lagi sebelum penemuan mereka, serta yakin Al-Quran itu yang diperturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, datangnya dari  Kuasa yang mengetahui segala sesuatu. Umat Islam, suatu masa dahulu adalah suatu umat yang kuat & menguasai berbagai ilmu, seperti sains, matematik & astrologi, tetapi semuanya itu telah dikuasai oleh barat setelah berlaku perpecahan ummah.Kita harus mengambil pengajaran dari sejarah ini untuk mengembalikan zaman kegemilangan Islam dengan bersatu menegakkan syiar Islam dalam kehidupan kita & sentiasa berpandukan Al-Quran dan sunnah Rasul SAW. Jika barat mengkaji isi kandungan Al-Quran mencari kebenaran, kepada kita tidak?  

This is a free homepage created with page4. Get your own on www.page4.com