Guru: Ustaz Haji Saidin Saad
Ustaz Haji Saidin adalah bekas anak murid Tan Sri Hassan Azhari, tokoh ilmu tajweed yang tidak asing lagi di negara kita. Tan Sri sering dijemput menjadi hakim dalam Musabaqah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa di Malaysia dan sering menjadi hos di kaca TV dalam program pembelajaran tajweed.
Ustaz Haji Saidin menggunakan pendekatan yang sama di perturunkan gurunya untuk mengajar anak murid nya. Beliau mengajar dari peringkat asas dari muqaddam dengan mengenali huruf, hukum-hukum huruf, tajweed asas, fasohih dan berbagai lagi sehingga anak murid nya boleh membaca ayat-ayat Al-Quran secara tadarus.
Kelas Tajweed beliau di adakan di beberapa masjid di sekitar Pulau Pinang. Di masjid Al-Huda Sungai Ara ini, anak-anak muridnya sudah memasuki peringkat bacaan secara tadarus sambil mengenal hukum-hukum Tajweed yang lebih tinggi.
Semua qaryah dijemput hadir.
Nasihat:
Bakal anak-anak murid yang belum melalui kelas asas tajweed, sila hadir kelas asas dahulu yang dikendalikan oleh Ustaz Haji Saidin di masjid-masjid lain di Pulau Pinang. Sila berhububg terus dengan Ustaz Haji Saidin pada setiap hari Ahad seperti tercatit di bawah untuk maklumat selanjutnya
Waktu: 8.30 pagi hingga 10 pagiHari : Setiap Ahad
Tempat: Dewan Solat Masjid Al-Huda Sungai Ara