Selamat Datang ke

Halaman Web Rasmi Masjid Al-Huda Sungai Ara

Pengerusi Lembaga Masjid & Jawatankuasa Qaryah

                                       Tuan Haji Zainudin Bin Haniff

Assalamu’alaikum   السلام عليكم

Salam Hormat,

Islam adalah syariat yang indah lagicantik, mementingkan hidup bermasyarakat. Islam telah memberikan perhatianterhadap hidup bermasyarakat, sama perhatiannya yang diberikannya kepadaindividu. Baiknya  individu (orangperseorangan) pasti  akibatnya baik jugalahsesebuah masyarakat. Umpama satu binaan bata-bata, tidak akan kukoh jikabata-batanya lemah.

Pada hari ini, kita telah dapat merasakandilema yang dihadapi oleh individu Muslim yang hidupnya dalam masyarakat tidakmengamalkan Islam sebagai sistem hidup. Bermula dari salah tanggapan denganIslam, hinggalah penentangan terhadap hukum hakam Islam yang penuh dengankeadilan itu. Solat diabaikan, hidup pentingkan kebendaan, nilai-nilaikeberkatan rahmat dan kasih sayang Allah dipinggirkan. Hanya salingberlumba-lumba mengejar cita-cita dunia yang tak kunjung tiba.Akhirnya diduniaumat kemana, di akhirat entah kemana.

Islam telah mengajar umatnya berkata ketikabermunajat kepada Allah didalam solat:

Hanya kepada Mu kamimemyembah dan hanya kepada Mu kami  memohon pertolongan”

                                                          Al-Fatihah

Prof. Dr. Yusof al Khardawi didalamkitabnya ‘ Ciri-ciri Masyarakat Islam Yang Unggul’ menyebut

‘Pertuturan kami adalah pertuturan mewakilisebuah masyarakat, walaupun ketika mendirkan solat berseorangan. Ia tetapberdoa dengan ungkapan jamak(banyak)’

“Tunjukkanlahkami jalan yang lurus”

Al-Fatihah

Dengan itu, ungkapan kemasyarakatan inimenjadi naluri  dalam hidup ini dansentiasa bermain dilidah. Masyarakat Islam ini cirinya adalah RABBANI –berteraskan nilai ILAHI  dan HUMANITY - kemanusiaan. Berakhlaq,

seimbang, saling hormat menghormati dan membelamaruah umat, maka suburlah ‘karamah Insaniah’ atau Human Dignity – kemuliaaninsan.

Ibn Qayyim al-Jauzi menjelaskan asasSyariat Islam ialah:

‘Tapak pembinaannya berdasarkan hikmah dan kebaikanmanusia dalam kehidupan didunia ini, tempat kembali adalah akhirat dan syariatkesemuanya adalah keadilan,rahmat dan kebaikan’

Allah telah menjanjikan sesebuah pimpinanyang berkuasa diatas muka bumi ini memastikan solat ditunaikan. SepertimanafirmanNya:

“Iaitu(umatIslam) yang Kami berikan mereka kekuasaan memerintah dimuka bumi ini nescayamereka mendirikan solat serta menunaikan zakat”

Al-Hajj: 41

Tuan-tuan dan puan-puan, ahli-ahli qaryahSungai Ara sekelian. Sessungguhnya kita mempunyai tugas dan tanggungjawab untukmembimbing ummah ini. Saya selalu berdoa kepada Allah SWT, agar tuan-tuan danpuan-puan diberi Iman dan Taqwa serta diterangkan hati untuk menerima Islamsebagai amalan serta keyakinan yang tinggi terhadap syariat ini. Yakinlah,bahawa sa-nya masa depan yang lebih gemilang untuk Islam , Insyaallah.

“WahaiTuhan kami, kepada Engkau sajalah kami menyerah diri, kepada Engkau kamibertaubat dan kepada Engkaulah jua tempat kami kembali”

Al-Mumtahanah:4

Sekian.

JazakAllah Khayr خيراًاللهُ جزاك  

Wassalam.

 

Haji Zainudin Bin Haniff

9Safar 1432 / 13hb Jan’11

This is a free homepage created with page4. Get your own on www.page4.com